BERITA
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali lagi jadi tumpuan — tapi bukan sebab kejayaan di padang. Datuk Mohd Joehari Ayub, Presiden FAM yang baru enam bulan pegang jawatan, telah mengumumkan peletakan jawatan secara mengejut.
29 Ogos 2025 | Nabil Fakrullah Ridzuwan
6 Bulan Jadi Presiden – Terus Hilang?
Joehari Ayub dipilih sebagai presiden FAM awal tahun ini dengan harapan besar. Ramai percaya beliau mampu bawa angin perubahan, profesionalisme dan reformasi dalam sistem bola sepak Malaysia yang dah lama lesu.
Tapi belum sempat musim habis, beliau sendiri yang “angkat kaki” tanpa penerangan jelas. Alasan rasmi? "Peribadi dan kesihatan", tapi penyokong dan media tak mudah telan alasan ni bulat-bulat.
“Baru masuk padang, belum sempat sentuh bola – dah keluar stadium,” tulis seorang netizen di X (Twitter).
Apa Yang Mungkin Jadi? [Spekulasi + Reaksi]
1. Tekanan Dalaman FAM?
Desas-desus kata Joehari tak puas hati dengan struktur dalam FAM sendiri — terlalu banyak ‘orang lama’ yang masih berpengaruh, susah nak buat perubahan sebenar.
2. Isu Naturalisasi & Hutang Sponsor
Sumber media luar melaporkan ada isu besar dalam pengurusan: naturalisasi pemain tanpa kelulusan penuh, tunggakan bayaran dari penaja, dan konflik dalaman yang tak selesai sejak era presiden terdahulu.
3. Safee Sali Masuk Kiraan?
Lagenda Harimau Malaya, Safee Sali, kini dikaitkan sebagai calon presiden baharu — dengan sokongan daripada ramai peminat yang mahu orang bola betul pegang jawatan penting.
Pendapat We Rage Football:
“Kita tak perlukan presiden yang keluar masuk macam tukar jersi. Kita perlukan pemimpin yang berani pecahkan sistem lama — bukan ikut mainan politik dalaman FAM.”
Apa Kita Nak Tengok Lepas Ni?
✅ Ketelusan penuh: Apa sebenarnya berlaku?
✅ Pemilihan Presiden Baru yang berprinsip & pro-bola, bukan pro-politik
✅ FAM reform — dari akar sampai ke pucuk