BERITA
Jack Grealish mungkin pernah disisihkan, tapi bintang Everton ini kini kembali mencuri tumpuan — dan dia tak nak tunggu lama untuk kembali ke pentas antarabangsa.
29 Ogos 2025 | Nabil Fakrullah Ridzuwan
Selepas berpindah ke Everton secara pinjaman mengejut musim panas lalu, ramai yang sangka karier Grealish dah mula suram. Tapi kini, dengan dua assist dalam dua penampilan penuh, dia sedang berusaha keras membuktikan sesuatu.
“Saya rasa prestasi saya kini cukup untuk kembali ke skuad England. Saya dalam bentuk terbaik, dan saya lapar nak bantu negara,” kata Grealish selepas perlawanan menentang Southampton.
Dengan perlawanan kelayakan menentang Andorra dan Serbia makin dekat, pengurus England Thomas Tuchel dijangka umumkan senarai pemain minggu ini. Dan buat Grealish, ini peluang untuk tebus segala yang lepas.
Musim lalu, dia kerap terpinggir di City — jadi perpindahan ke Everton bukan sekadar restart, tapi survival mode untuk tempatnya di skuad kebangsaan.
“Ramai dah tulis saya habis. Tapi saya tahu saya boleh bagi lebih dari sekadar hype rambut dan short ketat.”
2 assist dalam 2 game
Jelas nampak lebih fit & sharp
Menjadi creator utama di Everton
Semangat & hunger yang tinggi
Walaupun Tuchel dikenali sebagai taktikal genius, dia juga perlukan pemain yang mampu ubah game dengan satu sentuhan – dan Grealish ialah salah seorang daripadanya bila dia on form.
Dengan persaingan dari pemain seperti Bukayo Saka, Phil Foden, dan Anthony Gordon, panggilan semula Grealish bukan jaminan. Tapi kalau dia kekalkan momentum ni — mustahil untuk abaikan dia.
“Jack Grealish, bila dia tengah lapar, dia bukan sekadar pemain – dia seniman bola. Kalau England nak flair, dia ialah jawapan. Kalau nak bosan & selamat, teruskan abaikan dia.”