BERITA
Akhirnya selesai juga teka-teki perpindahan Xavi Simons – pemain muda berbakat Belanda yang selama ni jadi rebutan kelab-kelab besar Eropah.
30 Ogos 2025 | Nabil Fakrullah Ridzuwan
Tottenham Hotspur muncul sebagai pemenang dalam perebutan tandatangan si wonderkid ni, menewaskan beberapa nama besar termasuk Chelsea dan Arsenal. Dengan bayaran sekitar €60 juta, Spurs kini ada satu lagi senjata kreatif untuk mengemudi musim 2025/26.
Bukan calang-calang pemain – Simons dah buktikan kemampuannya sejak di PSV, terus menyinar di RB Leipzig, dan sekarang bersedia menakluk Premier League. So, apa yang sebenarnya dibawa oleh Xavi Simons ke Spurs? Jom kita tengok dari segi harga, statistik, dan potensi impaknya dekat skuad Thomas Frank.
Tottenham Hotspur terus menunjukkan mereka serius untuk kembali ke tahap tertinggi bola sepak Eropah. Terbaru, kelab North London tu berjaya mendapatkan tandatangan Xavi Simons – pemain tengah menyerang berbakat besar dari Belanda – dalam perpindahan yang dikatakan bernilai sekitar €60 juta.
Siapa sangka, daripada menjadi sebutan sejak zaman akademi Barcelona (La Masia), ke PSG, PSV, RB Leipzig, dan sekarang... Premier League jadi destinasi terbaru Simons. Dan bukan sembarangan kelab – tapi Spurs yang tengah berusaha membina semula DNA kemenangan mereka.
Harga Transfer & Butiran Kontrak
Harga: Sekitar €60 juta (anggaran £51.8 juta)
Durasi kontrak: 5 tahun, dengan pilihan sambungan 2 tahun lagi
Gaji: Sekitar £192,000 seminggu (~£10 juta setahun)
Add-ons: Leipzig dikatakan ada sell-on clause, jadi mungkin akan dapat bayaran tambahan jika Spurs jual Simons di masa depan.
Statistik Terkini
Di usia baru 22 tahun, Simons dah ada angka yang boleh buat peminat tersenyum:
RB Leipzig (2023–2025):
78 penampilan
22 gol
24 assist
Sepanjang karier profesional (PSV, PSG, Leipzig):
178 perlawanan
65 gol
53 assist
Musim lalu (2024/25 – Bundesliga):
10 gol
7 assist
Salah satu pemain muda paling konsisten di Eropah
Simons adalah playmaker semulajadi. Dia mampu buka ruang, lepaskan hantaran maut, dan cipta peluang walau ruang sempit. Dengan kehilangan Son dan Maddison yang masih belum pasti tahap kecergasannya, Simons boleh jadi sumber kreativiti utama.
Boleh main sebagai No. 10, wing kiri, malah false 9 jika perlu. Pemain macam ni sangat sesuai untuk sistem menyerang Ange yang suka main bola laju, penuh pergerakan dan kejutan.
Walaupun muda, Simons dah main untuk kelab-kelab besar dan di bawah tekanan tinggi – dari Ligue 1, Eredivisie, sampai Bundesliga. Mental dia dah diasah dari awal, dan itu bonus besar untuk Spurs.
Thomas Frank suka pemain yang kerja keras – Simons bukan jenis duduk tunggu bola. Dia rajin turun bantu bertahan, tekan pemain lawan dan cipta tekanan dari depan.
Kesimpulan – Spurs Buat Pelaburan Bijak?
Dalam era bola sepak moden, pemain macam Xavi Simons bukan senang nak dapat. Dia muda, dah terbukti, dan masih ada potensi besar untuk berkembang. Dengan sistem permainan menyerang Spurs yang kini tengah dibentuk, Simons boleh jadi kunci penting untuk membawa Spurs kembali ke UCL – atau sekurang-kurangnya, cabar kejuaraan domestik.
Untuk peminat Spurs – ini masanya untuk excited. Budak Belanda ni bukan sekadar beli nama, tapi beli masa depan.